Kenapa Doktor Ini Terlalu Zalim!! Ikuti Kisah Pak cik Ini Bila Berdepan Doktor Yang Zalim


SUDAHLAH jari telunjuknya putus, yang lebih sadisnya doktor hanya memberikan satu hari sahaja cuti pelepasan sakit (MC).

Memang tidak masuk akal.

Itu yang terjadi kepada seorang pekerja perkapalan di Singapura, V. Anbazhaga; 57, apabila jari telunjuk kanannya putus selepas dihempap besi ketika melakukan kerja September lalu.

Selepas insiden berlaku, doktor hanya memberikan satu hari MC sahaja selain majikannya tidak melaporkan hal itu kepada pihak bertanggungjawab agar dia boleh mendapat pampasan kemalangan ketika melakukan tugas.

Dan kini, Anabazhaga yang berasal dari India bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang dengan melantik seorang peguam bagi mendapatkan pampasan di atas kecederaan yang dialaminya.

Kes doktor tidak beri MC munasabah kepada pesakit bukan suatu hal yang asing di Singapura, sebaliknya sebelum ini seorang doktor di Hospital Raffles, Wong Him Choon, 51, pernah digantung tugasnya selama enam bulan.

Ini gara-gara tindakannya yang hanya memberikan MC selama dua hari sahaja kepada seorang pekerja pembinaan yang patah tangan ketika sedang bertugas. – MYNEWSHUB.CC

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.