Bagi mereka yang suami masih ada disisi,jagalah dia sebaiknya. Makan,pakai dan kehendak dia. Sentiasa nampak kemas dan cantik





Assalamualaikum.

Saya bukan nak share masalah kali ni,cuma nak tinggalkan sedikit pesanan dan berkongsi rasa.

Bagi mereka yang suami masih ada disisi,jagalah dia sebaiknya. Makan,pakai dan kehendak dia.

 Sentiasa nampak kemas dan cantik dan selalu beri perhatian. Supaya bila suami pergi jauh,dia akan sentiasa mengingati isteri hatta ingatan secawan kopi/teh panas yang dihidangkan setiap hari.
Kerana,saya dah lepaskan kesempatan tu.

 Waktu suami ada,disebabkan saya tak pernah fikir kami akan menjalani PJJ (perhubungan jarak jauh) saya akui kurang dari segi layanan tambahan dengan dua anak kecil yang perlu diuruskan,dan saya akui juga suami saya adalah suami yang sangat-sangat membantu dalam urusan kerja rumah dan soal anak.


Saya akui kurang perhatian dan layanan dan saya menyesal atas waktu2 berharga yang saya lewati dengan suami sebelum dia pergi jauh atas urusan. Sekiranya masa boleh diundur,saya akan berkhidmat pada dia dengan sepenuh hati.

krt

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.