Terbaru!!! Konsert Life In Color Akan Diadakan Di Sepang Yang dihidangkan Dengan Pakej Arak Dan S3k

DI SEBALIK PERISTIWA FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA & UNDANG-UNDANG AZAB ALLAH

1. Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Sabreena Kamaruddin, 21, Syazana Sohaime, 23, and Nor Faizza Mohd Wazir, 27. Saudara Islam kita ini telah mati semasa konsert tersebut. Muda-muda belaka. Apa agaknya music yang didengari mereka sekarang?

2. Ada kawan saya cerita, lagu-lagu yang mereka dengar itu high bass. Techno, trance, remix, etc. Memang boleh masuk dunia lain kalau PA system power. High bass tu boleh rasa sampai ke jantung. Takdir Allah, Malaikat Maut menarik nyawa mereka seiring dengan dentuman muzik yang dahsyat, dan kini mereka memang berada di dunia lain yang lebih real; alam barzakh. Apa-apa pun, mari kita sama-sama doakan agar mereka semua keampunan dan keredhaan Allah SWT.

3. Apa pengajaran untuk kita yang masih hidup? Bagi yang hidup mereka seperti Kamal, Sabreena, Syazana dan Faizza, cubalah tanya pada diri masing-masing, apa agaknya yang sedang dialami mereka sekarang? Artis-artis Malaysia yang dah berhijrah dari kehidupan jahiliyah ini mesti tampil ke hadapan sekarang untuk beri kesedaran. Konsert ini jelas menunjukkan kefasikan dan kezaliman manusia yang bermaharajalela melayan nafsu.

4. Bagi golongan baik dan soleh, ada satu undang-undang (qanun) Allah SWT yang anda mesti tahu. Khalifah Umar al-Khattab pernah ditanya, “Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?” Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” Apabila kefasikan dominan, Malaysia boleh hancur disebabkan azab Allah SWT. Azab Allah SWT tidak hanya terkena pada orang yang bersifat zalim, tetapi juga kena kepada orang baik.

5. “Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal 8:25)

6. Kemarau, jerebu, gempa bumi, kebakaran, etc. Kalau kita berakal, cuba fikir. Jangan pandang kejadian-kejadian ini sebelah mata. Pandang dengan mata hati. Mereka semua adalah ciptaan Allah SWT. Allah SWT pernah musnahkan umat-umat terdahulu dengan mereka ini. Tidak ada yang menghalang Allah SWT berbuat demikian lagi sekali.

7. “Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim. Dan telah datang beberapa rasul kepada mereka dengan (membawa) keterangan, tetapi mereka tiada hendak beriman. Begitulah kami membalas kaum yang jahat.” (Yunus 10: 13)
8. Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al- Hasyr 59: 2)

9. Lusa ini, 19 April 2014, satu lagi konsert "Life in Color" akan dibuat di Sepang International Circuit, KL anjuran Zouk. Budaya gila ini semakin menjadi-jadi. Konsert-konsert ini bukan sekadar muzik, tetapi datang dengan pakej seks dan arak. Tambah lagi dengan virus liberalisme yang menyusup dalam pemikiran masyarakat.

10. Apakah peranan golongan baik dan soleh? Saya sampaikan apa yang Syeikh Ahmad ar-Rasyid nukilkan dalam Muntalaq:

Wahai orang-orang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan

sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,

Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.
Pendek kata: wajib buat kerja dakwah. Selamatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.


sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=725318217489191&set=a.274662972554720.67970.153515574669461&type=1&relevant_count=1

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.