Janda Anak Satu Binggung Menjalinkan Hubungan Percintaan Dengan Suami Orang
Ruang itu membuatkan hubungan dia dan isteri kembali jernih, namun saya mula bosan kerana dipinggirkan.Kekasih tetap ingin mengotakan janjinya mengahwini saya selepas dua tahun, jadi saya buntu sama ada ingin meneruskan hubungan atau melepaskannya.
ZAL
Ipoh, Perak
Cuba tanya diri sendiri, apakah ciri-ciri suami yang puan idamkan. Jika puan mahukan suami yang memberi tumpuan sepenuhnya pada puan tanpa berasa dipinggirkan, pilihan menjadi isteri kedua atau berpoligami mungkin perlu dipertimbangkan semula.Suami berpoligami terpaksa membahagikan masa untuk wanita lain juga berlaku adil.
Jika puan ingin mempunyai suami penyabar, menguji dengan cara membiarkan dia menanti selama dua tahun sudah dikotakan.Cinta tidak selama-lamanya melekat di hati dan jika puan masih terus menguji, dia mungkin beralih cinta selepas hilang sabar.
Sebagai ibu tunggal, puan harus memikirkan calon yang sesuai dengan status dan keinginan puan.Jika lelaki ini mencukupi syaratnya, tawakal pada Allah.Usah mencari kesempurnaan kerana puan tidak akan bertemu tetapi sempurnakan diri dengan kekurangan yang ada, itu akan lebih menenangkan hati.
Tidak ada komentar: