Isu Pesawat MH370 Sayu.. Tangisan Ibu Terkenang Nasib Anak
Menurut bapa Razahan, Zamani Zakaria, 56, isterinya Kamariah Sharif, 55, tidak dapat menahan kesedihan memandangkan sudah masuk hari kelima kehilangan pesawat tersebut sejak Sabtu lalu.“Masuk hari kelima masih tiada apa-apa lagi, macam mana keadaan dia (Razahan).
“Semalam dia (isteri) ok, hari ini dia teringat (keadaan anak)”, kata Zamani kepada Mynewshub ketika ditemui di Hotel Everly, di sini, hari ini.Razahan bersama isterinya, Norli Akmar merancang ke Beijing untuk berbulan madu selepas isterinya keguguran baru-baru ini.
Mereka merupakan 227 penumpang yang terlibat dengan misteri kehilangan pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi Sabtu lalu.
Tidak ada komentar: