Gadis Tempatan Meraung Ditangkap Dengan Lelaki Afrika
Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.
Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi.

Tidak ada komentar: