Dilema Wanita Apabila Dikejutkan Sikap Buruk Kawannya



Dear Kak Jumie,

    I just read your blog regarding gay issue.  Sebenarnya I tak tau dengan siapa saya harus share this problem.  Bila bercakap soal dunia gay,  I would say that I know their world.  My BFF is one if the community.  I jenis yang senang berkawan with them all since I was in university.  Saya tidak pernah rasa kekok dan sentiasa menerima mereka dengan hati tanpa prejudis.  

    But what I’ve been facing lately really drag me into a confusing and awkward life phase kak.  Saya mengenali seorang lelaki.  Dari awal perkenalan dia macam okay sahaja.  Tapi hinggalah satu hari,  dia confessed dekat saya yang dia ialah seorang gay. 

Dia juga confessed dengan saya tentang hubungan dia dengan bekas kekasih (seorang lelaki gay juga) yang menyebabkan dia mula-mula menjadi gay.  Dulu zaman sekolah menengah,  dia kata dia tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki ataupun perempuan.  Tapi bila masuk zaman universiti,  dia temui perasaan ini apabila didekati oleh seorang lelaki gay. 

    Mula-mula hubungan sebagai teman rapat,  lama kelamaan perasaan sayang dan akhirnya membawa kepada hubungan seksual.  Perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih kekal bertahun lamanya. 

    Namun,  selepas beberapa lama itu,  hubungan mereka terputus kerana masing-masing ingin membuat haluan sendiri.  Tapi sejak itu,  dia dapati dia sudah tidak ada nafsu dengan prempuan.  Dia cuba pelbagai cara untuk stimulate dirinya.  Ada juga dia cuba tengok porn lelaki perempuan.  Tapi tiada rangsangan.  Tapi bila dia tonton porno gay,  baru dia akan teruja. 

    And then,  he met me!!  Perasaan dia untuk mencintai seorang perempuan timbul.  Sejujurnya,  saya pun pelik kenapa dia tertarik pada saya.  Saya bukannya hot dan seksi.  Im a typical Muslim girl with hijab.  He told me that he fell in love with at first sight.  I tak tau kenapa and he also doesn’t know why.  Dia cakap dia memang dah sayang and dia bukan main-main lagi.  Dia pun dah bukan anak-anak muda lagi. 

    Sebagai perempuan of course kita ada 6 sense bila orang tu betul2 or tak.  Yang menyangsikan saya ialah apabila dia kata,  dia nak uji sama ada he was fully recover or not.  Maksudnya,  dia nak tau sama ada bila dia dengan saya,  Dia boleh jalankan tanggungjawab batinnya sebagai seorang lelaki. 

    Dia takut bila kawin, perkara ini menjadi masalah and dia taknak sia-siakan masa depan I.  Regarding that, he asked me to be with him in a 1 room not for making love.  He just wanna test yang dia ni normal or not;  by watching him masturbating in front of me.  Saya agak terkejut dan agak marah dengan permintaan dia ini.  Saya seorang wanita beragama dan saya ada maruah.  Tapi saya juga sudah ada perasaan sayang kepadanya.  Saya nak tolong dia.  Tapi kenapa dia minta saya buat macam tu?

Lebih menyedihkan,  dia kata,  kalau ujian ini tidak berjaya.  Dia kata,  better putuskan hubungan ini.  So what will happen to me?? Just kick me out?

Saya seorang wanita yang positif tapi bila dalam situasi ini saya rasa sangat sedih sangat. Pandangan saya terhadap golongan LGBT menjadi celaru.  Adakah mereka semua macam ni?  Sehingga kini dia masih bertanya dan meminta pertolongan saya.  Dia kata,  dia nak sangat berubah menjadi normal.  Saya sayang dia kak.  Saya nak tolong dia.  Tapi apa saya harus buat sekarang kak?


    Yang benar,

    Gadis Raplah



Dear Gadis Raplah,

Thanks sebab email ni kat saya. Saya akan cuba jawab sebaiknya. 

 U seorang yang berhati baik. Tidak memilih kawan dan Allah sayang orang macam u. Bukan semua orang boleh terima dan terbuka dalam persahabatan. I respect u tu. Teruskan sikap macam ni.Bercinta dengan lelaki gay memang susah. Saya pernah baca dalam blog "Hidup Mesti Diteruskan - Naj Mi pasai satu pasangan yang mana perempuan itu heteroseksual, lelaki itu gay.

Tapi depa kawen atas dasar cinta dan persabahatan. Bukan sebab tuntutan nafsu seksual. So depa tetap happy as satu hubungan suami isteri. Always appreaciate each other. Tapi of course, kesukaran depa hanyalah.....hubungan seksual. Suami tak dapat puaskan kehendak isteri. Tapi depa dorang kekal positif. Depa anggap ni sebagai cabaran and depa selalu usaha and berdoa kepada Allah untuk tangani masalah ini.

Tapi keperluan seksual untuk semua orang adalah berbeza. So maybe depa dorang punya sex drive tak berapa besar. So depa boleh saja hidup 3 bulan tanpa seksual. And depa okay. Sebab itu ada orang yang hidup berjauhan dengan suami. Tapi depa kekal bahagia. Ada orang yang perlukan seks 3 kali sehari. Kawen 4 masih tak cukup. Yang tu penyakit juga. Kena jumpa doktor.

    Jangan keliru antara cinta dan seksual. Saya tidak setuju apabila lelaki tu ajak u duduk berdua-duakan dalam bilik untuk test kejantanan dia. What the hell? Dia ingat u apa? Kalau dia nak test betul betul suruh dia pi jumpa doktor. Bukan dengan U.

    I cannot say yes or no to this relationship. U sendiri kena buat pilihan yang mana terbaik untuk diri dan hidup u. Bukan hanya sebab dia gay, u nak kawen dengan mana-mana lelaki pun u kena pikiak panjang.  Mana-mana perempuan pun, kalau nak bernikah, kena pikiak panjang and siasat betul betul dan buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memilih seseorang lelaki itu sebagai teman hidup. Susah sama-sama. Sakit sama sama. Bahagia pun kena bersama.

Takdak sapa kat dunia ni yang boleh jaga hati u dan diri u selain diri u sendiri.  Sayang tetap sayang.  Tapi kena jaga hati dan diri u dulu.  Memang ada kawan-kawan dan keluarga. Tapi kalau u sendiri pi telan racun. U sendiri la mampuih.

I think inilah point point terbaik yang i boleh kongsikan bersama u. Ikhlas dari hati. Kadang-kadang jawapan tu semua dah ada depan mata kita. Tapi kita sendiri pilih untuk melihat dari kaca mata yang berlainan.

Love,

Jumie Samsudin

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.