Jajan Bermotif Lucah Tapi Ada Logo Halal

Pihak berkuasa republik tersebut meminta orang ramai agar lebih berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berwajib jika menemui produk makanan ringan yang sedemikian.
Antara jajan yang memaparkan keadaan iu ialah mi segera berjenama Bikini dengan tagline “Remas Aku”. Bukan itu sahaja, bungkusan produk tersebut menggunakan ilustrasi seorang perempuan yang hanya memakai pakaian dalam.
Menurut media tempatan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia, dengan tegas meminta Badan Pengawas Obat dan Makanan untuk merampas jajan Bikini yang kini didapati turut dijual secara dalam talian.
“Harap pengguna tidak membeli produk makanan ini, khususnya untuk kanak-kanak,” kata jurucakap organisasi tersebut yang medakwa ia boleh merosakkan minda kanak-kanak kepada pemikiran lucah.
Jika tidak diperhatikan ujarnya, pihak pengeluar sengaja memutarbelitkan jenama bungkusan sebolehnya. Contohnya pada label kandungan makanan terdapat maklumat yang tidak berkaitan dengan komponen makanan.
Ia sebaliknya hanya memaparkan ayat manis berbunyi: “Rahsianya: Bihun, Rempah Pilihan, Minyak kelapa, rasa yang dulu pernah ada dan sebongkah kasih sayang.”
Selain itu, pengeluar meletakkan teks cara penggunaan produk dengan warna seksi antaranya: “Pemedih mata, muat secukupnya, nikmati.” dan di bahagian belakang produk tersebut lengkap dengan ilustrasi yang tidak senonoh. -MYNEWSHUB.CC
Tidak ada komentar: